public relations ala islam

PR dalam islam dapat dikatakan sebagai dakwah pengenalan islam.Dakwah ini berfungsi sebagai pengenalan islam kepada masyarakat.Seoerang pendakwah atau orang yang mensosialisaikan islam padamasyarakat yang paling sukses adalah nabi Muhammad saw.
Allah berfirman yang bermaksud:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحاً وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ
"Siapakah yang terlebih baik perkataannya daripada orang yangMenyeru
 kepada Allah dan beramal soleh serayaberkata:"Sesungguhnya saya salah
 seorang Muslim."(Fussshilat ayat 33)[10]
 Perkataan ataupun ucapan menyeru manusia ke jalan Allah adalah suatu amalan yang terbaik dan mulia. Tugas suci ini telah dilaksanakan oleh Rasul-Rasul Allah semenjak mula manusia diciptakan, yang telah ditunaikan oleh ramai utusan Allah S.W.T. antara lain Adam a.s., Noah a.s,Hud a.s, Ibrahim a.s (Abraham), Ismail a.s, .Ishak a.s.(Isaac), Ya'quba.s.(Yacob), Yusuf a.s.(Joseph), Musa a.s(Moses), Daud a.s.(David),Sulaiman a.s.(Solomon), Isa a.s. (Jesus) dan hingga ke akhir Rasulullah Muhammad s.a.w[11].
Semua mereka menyeru ke jalan Allah, jalan yang benar danmelarang manusia dari perbuatan yang keji dan jahat.Semua utusan Allah itu telah melaksanakan tugas mereka denganbaik dengan tidak mengharapkan apa-apa upah, malah mereka telahmengorbankan harta benda malah ramai pula diantara mereka yangdikejaar-kejar dan ingin dibunuh, seperti apa yang telah dialami olehNabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan juga apa yang telah dialami oleh NabiMuhammad s.a.w[12].
            Rasulullah s.a.w.mengajak manusia ke jalan Allah dengan lemahlembut dan kasih sayang sesuai dengan
Firman Allah yang maksudnya:
  ادْعُ إِلِى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ رَبَّكَ
هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
"Serulah (manusia) ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (kebijaksanaan) dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dijalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
"(Annahl:125)[13]
 Usaha menyeru manusia ke jalan Allah bukanlah pekerjaan yang mudah, ia memerlukan pengorbanan segalanya, baik tenaga, harta benda jika diperlukan nyawa sekalipun. Usaha yang mulia ini akan berhadapan dengan banyak halangan dan rintangan yang datangnya dari berbagai penjuru. Jika kita tabah menghadapinya Insya-Allah usaha dakwah kita akan berjaya.
Sejak Adam a.s. hingga hari kiamat syaitan bekerja keras untuk menyesatkan Adam a.s. dan anak cucunya.
                 Bila syaitan menjelma menjadi manusia, maka syaitan manusia ini akan berusaha keras untuk menghalang segala pekerjaan yang baik, terutama sekali dakwah ke jalanAllah, menyeru kepada yang baik dan melarang daripada yang mungkar.Mereka akan bekerjasama menghalang dakwah dengan berbagai caradan daripada mereka ini kita tidak dapat mengharapkan apa-apa pertolongan. Kita perlu berusaha sendiri. Insya Allah dengan usaha yangtidak mengenal putus asa dan dengan pertolongan Allah Nabi s.a.w.telah mencapai kejayaan.
             Kita teringat betapa susahnya Nabi berdakwah dalam menyampaikan seruan Allah. Nabi s.a.w. dihina, difitnah, dituduh oranggila, dikejar-kejar malah mau dibunuh. Baginda pergi ke Taif untuk menyampaikan dakwahnya. Di sana beliau telah disambut dengan cercaan dan makian. Malah mereka menyuruh budak kecil melempari Nabi s.a.w. dengan batu kayu dan sebagainya, sehingga tubuhnya penuh dengan luka dan kakinya berdarah. Dalam keadaan seperti itu Rasulallahs.a.w. hanya berdo'a: "Ya Allah tunjukilah kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahuinya."[14]
 Kaum jahiliyah Quraisy terus sahaja berusaha untuk menghalangperjuangan Nabi s.a.w. Tidak cukup dengan cacian dan makian, melemparkan kotoran ke tubuh Baginda, meletakkan duri di depan rumah Baginda, malah Rasulallah s.a.w. dan kaumnya bani Hasyim danbani Muthalib dipulaukan hingga hampir tiga tahun lamanya.  
Mereka dibiarkan di sebuah lembah yang kering kontang, dan tidak dibenarkan siapapun untuk memberikan apa-apa pertolongan.Tidak cukup dengan berbagai penganiaayaan dan kezaliman malah mereka telah membuat pakatan untuk membunuh Nabi s.a.w. AkhirnyaRasulallah s.a.w. diperintahkan Hijrah ke Yathrib[15](Madinah).
Di Madinah dakwah Nabi s.a.w.mendapat sambutan diluar dugaan.Di Madinah Nabi s.a.w. disamping mendirikan masjid Rasulullah s.a.w.,telah mempersaudarakan kaum Muslimin yang datang dari Makkah(Muhajirin) dengan kaum Muslimin di Madinah (Ansor). Disamping itu Nabi telah berjaya menyatupadukan semua pendudukan Madinah yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama, dengan membuat perjajian yang terkenal dengan Piagam Madinah.
Alhamdulillah berkat usaha yang gigih dan tak pernah mengenal putus asa yang berlandaskan niat yang ikhlas menyeru manusia kejalan Allah, jalan yang menyelamatkan manusia daripada kesesatan dan kehancuran, akhirnya Nabi sa.w, dengan pertolongan Allah s.w.t. dan bantuan daripada semua sahabat yang setia dalam perjuangan Rasulullahs.a.w. telah memperoleh kejayaan. Kemudian usaha yang mulia dan suciini telah dilanjutkan oleh para alim-ulama dan cerdik pandai Islamlainnya. Dengan bantuan daripada semua pihak terutama daripada para hartawan dan dermawan, akhirnya usaha yang mulia ini telah mendapat pengikut sehingga seperlima daripada penduduk dunia.
Tanggung jawab menyeru ke jalan Allah adalah menjadi tanggungjawab semua pihak, mereka yang tak boleh berdakawah dengan lisan, boleh berdakwah dengan harta benda. Ataupun sekurangg-kurangnya berdakwah dengan contoh teladan yang baik, semoga dengan demikian Insya-Allah usaha yang mulia ini diberkati dan akan memperoleh kejayaan.

thanks to : http://komunikasijenius.blogspot.com

0 comments: